Tuesday, 13 October 2015

IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN PEGAWAI MASJID DI MASJID TEPIAN PUTRA (LAPANG BESAR) KUANTAN

TARIKH TUTUP: 15 NOVEMBER, 2015.

MASJID TEPIAN PUTRA (LAPANG BESAR)
JALAN PUTRA SQUARE, 25300 KUANTAN
019-9168302 (Pengerusi), 013-9914759 (Setiausaha)
masjidlapangbesar@gmail.com masjidlapangbesar.blogspot.com www.facebook.com/masjidtepianputra 

PERMOHONAN ADALAH DIPELAWA KEPADA WARGANEGARA MALAYSIA

Keutamaan kepada anak Negeri Pahang, yang berkelayakan untuk mengisi jawatan berikut:-

a. Jawatan: Pegawai Masjid (4 kekosongan)
b. Taraf Jawatan: Kontrak
c. Elaun Tetap Bulanan: RM1,200.00 - RM1,500.00 (disambung perkhidmatan setiap satu (1) tahun berdasarkan Prestasi Perkhidmatan).

d. SYARAT KELAYAKAN:
i) Lelaki, warganegara Malaysia, beragama Islam yang sempurna akal;
ii) Mempunyai minat dan komitmen yang tinggi berkaitan pelaksanaan ibadat, dan aspek berkaitan agama Islam kepada masyarakat/ahli Jemaah serta boleh mengimamkan solat fardhu dan solat sunat;
iii) Mempunyai pengetahuan agama Islam yang mendalam;
iv) Keutamaan kepada pemohon yang bermastautin atau bermukim di Kuantan;
v) Memiliki kualiti kepimpinan dan mempunyai latar belakang sosial yang baik;
vi) Tiada rekod jenayah yang telah dijatuhkan hukuman oleh mana-mana mahkamah termasuk Mahkamah Syariah;
vii) Mempunyai kesihatan tubuh badan yang memuaskan;
viii) Keutamaan diberi kepada pemohon yang mempunyai Si]il Tahfiz AI-Quran daripada mana-mana PusatTahfiz AI-Quran;
ix) Berkemampuan mengendalikan kelas AI-Quran, memberi khidmat nasihat, menjadi rujukan dan membimbing pengetahuan agama Islam kepada ahli jemaah;
x) Bersedia mematuhi syarat yang ditetapkan, melaksanakan tugas berkaitan yang diarahkan dan bersedia bertugas dalam waktu yang ditetapkan;
xi) Tiada sebarang komitmen lain termasuk perjanjian yang mengikat dan memberi kesan kepada tugas hakiki;
xii) Lulus ujian kefasihan, pengetahuan agama Islam, kebolehan AI-Quran, hukum tajwid dan kualiti bacaan yang akan dilaksanakan; dan
xiii) Memiliki kelayakan berikut;
a) Sijil IV Thanawi atau Sijil Menengah Agama atau Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) atau mana-mana sijil agama yang setaraf dengannya.
b) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dengan kepujian dalam subjek Pendidikan Syariah Islam, Pendidikan Quran dan Sunnah dan lulus Bahasa Arab.

CARA MEMOHON:
i) Permohonan hendaklah dibuat dengan menghantar borang permohonan ke Pejabat MasjiD Tepian Putra. Borang boleh didapati di Pejabat Masjid Tepian Putra pada waktu pejabat beroperasi.
ii) Salinan sah sijil-sijil persekolahan, kad pengenalan, serta surat berkaitan bersama gambar berukuran passport hendaklah dikembarkan bersama borang permohonan.
iii) Permohonan yang tidak mengikut peraturan dan lewat diterima tidak akan dilayan.

iv) ALAMAT PERMOHONAN:
Permohonan hendaklah sampai ke alamat berikut:

Tuan Pengerusi
Sekretariat Pengurusan Masjid Tepian Putra
Jalan Putra Square, 25000 Kuantan.

No comments:

Post a Comment